11.10.13

Telefon bimbit pertama di dunia mempunyai skrin melengkung



SEORANG model memegang dua telefon melengkung keluaran Samsung, Galaxy Round di Pameran Elektronik dan Industri IT di Goyang, utara Seoul semalam.- afp



SEOUL - Telefon pintar pertama Samsung yang menampilkan skrin melengkung memasuki pasaran Korea Selatan semalam.

Pembekal perkhidmatan wayarles Korea Selatan, SK Telecom memberitahu, gajet Galaxy Round yang mempunyai skrin 14.4 sentimeter dan berbentuk sedikit bulat itu mula dijual pada waktu tengah hari.

Ia merupakan telefon bimbit pertama di dunia mempunyai skrin melengkung.

Menurut Samsung kelmarin, telefon pintar baharu itu dijual pada harga sekitar AS$1,000 (RM3,191).
Ia tidak menyatakan tarikh gajet yang dilengkapi sistem pemprosesan empat teras berkapasiti 2.3 GHz itu berada di pasaran global.

Telefon itu dilengkapi dengan sistem Android milik Google.

"Paparan Galaxy Round melengkung supaya ia mudah dipegang dan selesa apabila diletakkan di telinga dan pipi ketika bercakap," menurut syarikat SK Telecom dalam satu kenyataan. - Agensi


Hakcipta terpelihara

10.10.13

Harga Rokok Dah Naik RM1.50... kini NAIK Lagi.....

“Pening kepala, pening!” keluh kebanyakan perokok tegar hari ini. Mana tak pening, belum lagi terlepas rasa sakit kenaikan harga rokok sebelum ini, tiba-tiba diumumkan naik lagi harganya.
Kalau difikirkan untuk kebaikan, memang baik berita ini kerana setidak-tidaknya ramai juga perokok tegar yang mula berfikir untuk berhenti atau pun mengurangkan kadar merokok seharian.
Mengikut statistik, jumlah perokok di Malaysia dijangka meningkat kepada 3.8 juta orang dua tahun lagi dan lebih empat juta menjelang 2020. Perlu dimaklumkan, ada peningkatan kira-kira 10,000 kes kematian dalam kalangan perokok direkodkan setiap tahun.
Sebagai pengetahuan mengenai bahan bahaya dalam rokok seperti tar, nikotin dan karbon monoksida. Tar mengandungi bahan ‘benzopyrene’ iaitu sejenis ‘policyclic aromatic hydrocarbon’ (PAH) disahkan sebagai punca utama kanser.


Nikotin, sejenis najis dadah heroin, menjadi salah satu punca utama perokok merasa ketagih. Ia berisiko mengakibatkan serangan jantung dan strok. Karbon monoksida pula, sejenis gas beracun yang dikeluarkan ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalan oksigen ke tisu dan boleh mengakibatkan perokok terencat serta membawa maut sekiranya melebihi had dalam badan.


Itu soal kesihatan dan bahayanya merokok. Tapi kalau dibacakan mengenai kesemua keburukan merokok kepada si perokok tegar, memang masuk telinga kanan keluar telinga kiri saja kerana apa yang penting adalah kepuasan.

Rasanya alternatif pihak berkuasa untuk mengurangkan jumlah perokok dengan menaikkan harga adalah jalan terbaik. Sebelum ini pelbagai kempen dijalankan namun semuanya tidak berkesan.

Tapi kalau ia berkaitan soal duit, memang akan terasa juga. Walaupun sukar untuk memaksa seseorang itu berhenti, mungkin dengan harga yang lebih mahal untuk mendapatkan sekotak rokok, mereka akan cuba mencari jalan untuk mengurangkan kadar merokok.

Masalahnya terhadap isu merokok ini, ia bukan saja memudaratkan kesihatan perokok saja sebaliknya kesannya begitu serius kepada mereka yang menghidu asapnya. Mengikut sebuah kajian kesihatan pernah menyatakan yang mereka yang menghidu asap rokok daripada perokok lebih berisiko berbanding perokok itu sendiri.

Sempat juga Gen Y melakukan tinjauan mengenai kenaikan harga rokok. Adakah ia membuatkan seseorang itu berhenti merokok atau ia langsung tidak meninggalkan impak kepada mereka.

Bagi seorang teman yang sememangnya perokok tegar dan enggan identitinya didedahkan, isu kenaikan harga rokok memang menjejaskan bajet bulanannya namun ia bukanlah alasan untuk dia berhenti merokok.

“Kalau kira pengsan, memanglah sebab sehari sekarang saya perlu sediakan RM12 untuk rokok berbanding lima tahun dulu RM7 saja. Tapi sebab tiada cara lain lagi, jadi suka ataupun tidak terpaksa juga saya ketepikan duit.

“Saya pernah cuba untuk berhenti rokok sebelum ini tapi memang tak menjadi. Saya jadi tak keruan dan sakit badan. Mungkin kerana sudah lebih 10 tahun merokok, ia sudah jadi tabiat wajib untuk sistem badan.

“Justeru sekarang saya perlu berjimat dari segi makan ataupun hiburan peribadi seperti karaoke ataupun menonton wayang bagi memastikan RM400 sentiasa ada setiap bulan untuk rokok,” katanya.

Itu baru seorang responden yang ­boleh dikatakan mewakili lebih tiga juta perokok lain di Malaysia.

Golongan wanita antara yang paling gembira menyambut berita kenaikan harga rokok ini kerana kebanyakan mereka memang terpaksa akur dengan sikap teman lelaki atau suami mereka yang tidak boleh b­erenggang daripada rokok.

Apa kata kita dengar cerita mereka sendiri.


Peluang cari ‘BF’ luas

“Sememangnya saya tidak suka lelaki merokok dan sudah tentu itu kriteria utama untuk menjadi kekasih. Saya tidak akan menerima lelaki yang merokok untuk bersama saya kerana rokok adalah pembaziran dan boleh memudaratkan.

“Justeru apabila harga rokok dinaikkan dengan mendadak hingga mendesak kebanyakan perokok terpaksa berfikir untuk terus merokok, itu satu berita baik untuk semua pihak kerana kesan rokok ini meluas hingga kepada mereka yang tidak merokok.

“Kiranya lepas ini saya harap lebih ramai lelaki yang cuba untuk berhenti merokok dengan melakukan senaman ataupun mengambil vitamin. Hidup pun lebih sihat dan badan tidak berbau.

“Bukankah itu satu perubahan positif kerana setidak-tidaknya saya lebih banyak peluang untuk mencari kekasih memandangkan sebelum ini ramai sangat golongan lelaki muda yang merokok,” katanya.

Nama: Susianah Sidin
Umur: 23
Lokasi: Sabah


Berita gembira

“Saya adalah orang paling gembira apabila pihak berkuasa menaikkan lagi ­harga rokok secara mendadak kerana sejak dulu saya sukar menerima situasi perokok yang mengeluarkan asap dan dihidu oleh orang sekeliling.

“Kemungkinan peratusan asap dihidu oleh orang berhampiran perokok, lebih memudaratkan daripada si perokok itu sendiri.

“Perkara ini jelas salah dan boleh membawa maut sama ada penghisap mahupun orang sekeliling. Satu lagi yang kita perlu tahu, tindak balas merokok mengambil masa agak lama. Bukannya, kalau kita hisap hari ini esok dah mati. Tapi dia memakan sistem dalam badan secara perlahan-lahan.

“Tapi kalau saya sembang dengan kawan lelaki yang kuat merokok, biasanya alasan mereka untuk hilangkan tekanan dan memberikan ilham bagi ­memulakan sesuatu perkara, itulah sedap dan nikmatnya merokok. Tapi setiap benda yang sedap itu memang ada kesan negatifnya, sama seperti merokok,” katanya.

Nama: Norfasehah Md Rusdi
Umur: 25
Lokasi: Perak

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/10

Kelebihan dan Kelemahan Makan DURIAN

Baik, buruk durian
Semua orang kenal durian, iaitu raja buah. Selain rupanya yang berduri dan keenakan rasa dan aroma boleh menambat selera. Kini, kita tidak perlu lagi menunggu musim durian, ia boleh didapati dengan mudah khususnya di pusat beli-belah.

Apatah lagi jika musim durian datang, di mana-mana saja termasuk di tepi jalan di taman perumahan. Cuma lebih enak durian ini di makan terus di tepi kebunnya. Meskipun harganya mencecah puluhan ringgit sekilogram untuk dengan pelbagai spesis seperti musang king, D24 dan durian tembaga.
Memang ramai juga yang tidak suka bau dan rasanya, tapi bagi peminat durian, buah itu memang tidak harus ditolak.


Ada pendapat mengatakan durian tidak boleh dimakan oleh penghidap kencing manis dan darah tinggi kerana ia dianggap buah ‘panas’.

Bagaimanapun, pendapat ini hanya satu pandangan tidak berasas apabila pakar pemakanan mengatakan raja buah ini penuh dengan zat lengkap dan sumber nutrisi badan. Malah, durian adalah salah satu jenis buah yang padat dengan khasiat dan mengandungi nutrisi bagus. Ini kerana buah tropika ini kaya dengan pelbagai jenis vitamin dan mineral seperti vitamin C, B Kompleks, Potassium, kalsium dan juga zat besi.

Lanta, tiada halangan kepada pesakit diabetes, darah tinggi atau pesakit lain untuk menjamah ini asalkan pengambilannya berpada-pada bagi mengelak mudarat kepada kesihatan.

Kaya Vitamin
Pakar Pemakanan Pantai Hospital Kuala Lumpur (PHKL), Ong Min Ying, berkata durian kaya dengan vitamin dan mineral.

Katanya, durian memberikan kalori atau tenaga yang lebih tinggi berbanding dengan buah lain dan dua ulas durian (saiz sederhana) memberikan 60 kalori.
Bagaimanapun, jika durian diambil secara berlebihan, ia mungkin menyebabkan berat badan meningkat.

“Berat badan yang berlebihan meningkatkan risiko mendapat penyakit kencing manis dan sakit jantung,” katanya.

Beliau berkata, seperti buah-buahan lain, durian juga mengandungi vitamin C, iaitu lima ulas durian dengan berat sebanyak 189 gram mengandungi 9.7 miligram vitamin C iaitu bersamaan dengan kandungan vitamin C untuk dua epal merah saiz sederhana.

“Durian antara buah yang padat dengan khasiat dan adalah sumber nutrisi yang bagus, Buah tropika ini kaya dengan pelbagai jenis vitamin dan mineral seperti vitamin C, Vitamin B kompleks, Potassium, kalsium dan zat besi. Durian juga mengandungi serat yang tinggi” katanya.

Hadkan pengambilan

Katanya merungkai delima pesakit diabetes yang takut untuk menjamah buah lazat ini, beliau berkata, durian tidak mengandungi kolestorel.

“Kolestrol hanya datang daripada sumber haiwan. Jika seseorang mengambil buah durian, tahap kolestrol tidak tinggi tetapi, perlu ingat durian mengandungi kandungan lemak yang tinggi berbanding dengan buah lain. Jika seseorang makan durian berlebihan, maka jumlah pengambilan lemaknya akan meningkat,” katanya.

Pendapat menyatakan durian menyebabkan panas badan sebenarnya bergantung kepada kuantiti pengambilannya, jika sedikit ia tidak mendatangkan sebarang masalah.

“Metabolisme badan kita akan meningkat semasa proses pencernaan makanan dan ini akan menaikkan suhu badan. Durian adalah sumber makanan yang padat dengan kalori, jika dimakan terutama secara berlebihan, ini akan menyebabkan suhu badan meningkat, maka seseorang itu akan terasa kepanasan,” katanya.

Minum banyak air bagi membantu mengurangkan panas dan mengawal suhu badan mengikut julat normal.

“Apabila suhu badan meningkat, badan akan merangsangkan sistem untuk menyejukkan badan supaya suhu badan diturunkan ke julat normal. Berpeluh dan buang air kencing adalah antara cara badan disejukkan,” katanya.

Oleh itu, dapat disimpulkan pengambilan durian dengan kadar sederhana akan membawa banyak kebaikan kerana pelbagai vitamin.

Kebaikan durian

Durian boleh membantu mengekalkan kesihatan kulit, sistem imunisasi dan fungsi saraf, selain pelawas menghindari sembelit.

Kalori tujuh ulas durian bersamaan dengan satu mangkuk nasi.

“Semua orang bebas makan durian. Bagi pesakit diabetes durian adalah sumber karbohidrat. Cuma perlu hadkan pengambilanny

Minuman kafein ganggu fungsi otak?

Minuman kafein ganggu fungsi otak?
Minuman yang diambil setiap hari mempengaruhi tahap kesihatan individu. Amalan minuman kafein, bergas dan berkorbonat boleh menjejaskan kesihatan jika diambil dalam jangka masa panjang.

Malah, pengambilan minuman itu juga menjejaskan kesihatan bayi di dalam kandungan sehingga dewasa.

Kajian dijalankan sekumpulan ahli saintis Switzerland, baru-baru ini, menunjukkan kafein yang terkandung dalam minuman segera atau bergas serta minuman tenaga turut menyumbang kepada kelembapan minda.


Hasil kajian mendapati remaja yang mengambil tiga tin minuman tenaga atau sebotol besar minuman kola setiap hari boleh mengurangkan jumlah tidur nyenyak mereka.

Remaja yang berterusan minum kafein secara berterusan dalam jangka masa panjang boleh terjejas kecerdasan minda.

Otak gagal berfungsi

Ini kerana kafein yang terkandung dalam minuman bergas boleh memberhentikan otak kanak-kanak daripada berfungsi dengan betul dan mengganggu perkembangan otak ketika remaja.
Eksperimen ke atas seekor tikus mendapati proses matang otak tikus mengalami rencatan seketika apabila diberi minum kafein bergas . Sementara tikus yang diberi minum air kosong lebih tidur nyenyak.

Situasi itu, memberi kesan kritikal kepada otak apabila ada gangguan berlaku dalam pembangunan otak yang turut membawa kepada masalah skizofrenia, kebimbangan, penggunaan dadah dan gangguan personaliti.

Tidur tidak nyenyak

Hanya dengan minum 300 hingga 400 miligram (mg) kafein yang terkandung dalam minuman bertenaga atau empat cawan kopi, ia bertindak memberi kesan kepada funsgi otak.

Profesor Reto Huber dari Hospital Kanak-kanak Universiti Zurich, berkata rangsangan otak paling optimum berlaku ketika tidur yang nyenyak, namun jika mengambil minuman kafein, ia boleh menjejaskan kualiti tidur yang lena, sekali gus membantutkan perkembangan dan sambungan antara sel otak.

Lebih membimbangkan, ketika usia remaja, otak akan melalui fasa matang halusinasi dalam peringkat akil baligh mereka. Jika terganggu, akan berisiko penyakit mental.